Strategic · Global · Distinctive
IRIS Institute
Contact
Contact us

admin@iris.institute 018-208 4917

Radar

Permian Global ketuai lelongan kredit karbon pertama keluaran Malaysia, bataskan pembangunan tanah dan sumber di Hutan Hujan Kuamut

Bursa Carbon Exchange (BCX) akan memulakan lelongan kredit karbon daripada projek Kuamut Carbon Financing yang diketuai Permian Global…

Bursa Carbon Exchange (BCX) akan memulakan lelongan kredit karbon daripada projek Kuamut Carbon Financing yang diketuai Permian Global pada 25 Julai. Syarikat yang berpangkalan di United Kingdom, Permian Global mendapat konsesi 30 tahun untuk projek itu melalui kerjasama yang dimeterai dengan Jabatan Perhutanan Sabah pada 2021. Pada masa sama, projek itu menyebabkan pengelasan semula Hutan Hujan Kuamut daripada Kelas 2 – Hutan Simpan Komersial, yang membolehkan penuaian sumber dan hasil hutan bagi pembangunan ekonomi negeri kepada Kelas 1 – Hutan Simpan Perlindungan, yang menghalang aktiviti penuaian di Hutan Kuamut itu. – (Laporan Tahunan JPS 2021, Bursa Carbon Exhange (https://bcx.bursamalaysia.com/web/auctiondetails2))

Projek Kuamut Carbon Financing meliputi 83,381 hektar hutan tropika di Daerah Tongod dan Kinabatangan, Sabah. Selain Jabatan Perhutanan Sabah, Permian juga bekerjasama dengan Rakyat Berjaya Sdn. Bhd dan Yayasan Sabah. Selain itu, projek itu juga mendapat sokongan daripada persatuan seperti PACOS Trust dan South East Asia Rainforest Research Partnership (SEARRP). Dalam pada itu, Permian juga diberi kebebasan untuk menentukan harga jualan karbon dan menyediakan diskaun di bawah perjanjian yang dicadangkan.- (Bursa Carbon Exchange, Malay Mail (https://www.malaymail.com/news/malaysia/2023/08/12/hidden-interests-in-judicial-review-against-carbon-trade-deal-says-sabah-deputy-cm/84870), The Edge)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Asalnya diterbitkan di FOKUS.

Continue reading

More insights

All insights