Rumusan mingguan edisi ini menyentuh beberapa isu utama khususnya dalam isu keselamatan dan ekonomi dalam negara dan isu politik di luar negara.

Isu keselamatan dalam negara menyentuh mengenai kemudahan Visa on Arrival (VoA) kepada pelancong China dan India di Sarawak dengan syarat-syarat yang longgar. Selain itu, dalam landskap ekonomi terdapat dua perkara yang diberi perhatian iaitu pengaruh kekuatan taikun cina dan perkembangan baru dalam projek Penchinaan.

Menyentuh mengenai isu taikun cina, perkembangan kali ini menunjukkan kekuatan pengaruh taikun cina di Malaysia apabila syarikat dalam dan luar negara perlu bekerjasama dengan mereka bagi mendapatkan kontrak dan peluang perniagaan khususnya yang ingin diketengahkan pada minggu ini adalah dalam sektor teknologi dan automobil. Projek Penchinaan Malaysia pula menyentuh dua projek besar iaitu projek KL North oleh pemaju Forest City dan usaha syarikat China bagi membeli syarikat ubatan generik terbesar Malaysia.

Dalam isu politik luar negara pula, tindakan India mendapatkan wilayah Kashmir adalah bertujuan mewujudkan wilayah kependudukan hindu dengan mengambil penubuhan negara Israel dan metode penghapusan etnik yang dilakukan oleh China ke atas Xinjiang.

 

OR