Dialog Kuasa Nasional
Pengenalan Ringkas
1. Apa itu Dialog Kuasa Nasional (DKN)
Sebuah platform diskusi dan wacana mengenai perkara-perkara yang strategik untuk membina kekuatan dan kedaulatan negara; contohnya pengupayaan terhadap geografi dan sumber-sumber negara, pengupayaan terhadap penduduk dan kepakaran yang dimiliki negara, pembangunan pengetahuan (knowledge) baharu, industri baharu, etos baharu dan lain-lain.
2. Mengapa wujudnya DKN?
IRIS ingin membuka ‘thread’ atau topik topik baru dalam pemikiran mengenai nation building dan pembangunan negara. Kalau kita berbincang dengan topik dan keyword yang betul, idea-idea yang baru dan lebih efektif akan muncul.
IRIS melihat perbincangan dan kajian mengenai halatuju negara yg ada pada masa skrg bersifat segmented/terhad dlm disiplin tertentu, tidak bercantum secara holistik, dan tidak ada visi jelas untuk kekuatan dan kedaulatan negara.
3. Bagaimana DKN akan dibuat?
DKN sebagai platform wacana bersifat fleksibel in term of pelaksanaan. Ada beberapa bentuk yg akan dilaksanakan oleh IRIS sebagai permulaan; diskusi podcast berkala, siri event forum berkala, dan juga seminar antarabangsa (ICRIS).
4. Siapa terlibat dalam DKN?
Semua diskusi/program DKN terbuka untuk penglibatan bersama para ahli akademik, org2 industri, penulis/jurnalis, mahasiswa, dsbnya (yg memiliki idea untuk mencambah-luaskan diskusi kuasa nasional). IRIS akan sentiasa menjemput mereka untuk bersama diskusi, dan IRIS juga terbuka jika ada tawaran atau cadangan kerjasama untuk diskusi yang memenuhi objektif DKN.
5. Bila DKN akan dilaksana?
Bermula tahun ini (2023), inshaAllah setiap bulan akan ada program DKN (samada podcast atau forum atau seminar) yang dilaksanakan.
6. Di mana DKN boleh diikuti?
Dari masa ke semasa, IRIS akan mewar-warkan informasi mengenai program2 DKN melalui media sosial IRIS dan juga melalui email2 pemakluman.



