1. Sehingga 28 Disember 2020, Malaysia mencatatkan jangkitan sebanyak 106,690 kes, dan kematian sebanyak 455 kes. Walaupun Malaysia dilihat mampu untuk mengendalikan krisis ini dengan baik serta mempunyai kadar daya tahan yang tinggi berbanding negara-negara lain,namun perkembangan yang berlaku sepanjang tahun 2020 dalam sektor-sektor lain seperti ekonomi, pendidikan, sosial, politik dan keselamatan menggambarkan indikator yang sebaliknya.

2. Sepanjang tahun 2020, ekonomi Malaysia mencatatkan penyusutan yang ketara. Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga tahun 2020 menguncup pada kadar yang lebih rendah iaitu 2.7% berbanding penguncupan sebanyak 17.1% bagi suku kedua tahun ini.

3. Selain itu tahap kesiapsiagaan keselamatan negara juga berada pada tahap yang membimbangkan. Menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara pada tahun ini, sepanjang tahun 2016 sehingga 2019, sebanyak 238 kali kapal asing telah menceroboh Zon Maritim Malaysia. 89 daripadanya adalah kapal pengkuatkuasa atau ketenteraan dari China.

4. Daripada sudut pengurusan sumber makanan, Malaysia masih lagi mempunyai tahap keselamatan makanan yang rendah. Menurut laporan Supply and Utilization Accounts Selected Agricultural Commodities, Malaysia 2014-2018 yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia pada November tahun lepas, kadar sara diri Malaysia dalam tanaman makanan (food crop) pada tahun 2018 dicatatkan hanya mencapai 61%.

5. Hal yang sama juga berlaku terhadap pengurusan sumber mineral negara. Kajian Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) menunjukkan nilai keseluruhan sumber mineral negara dianggarkan berjumlah RM4.1 trilion berdasarkan nilai semasa pasaran.

6. Dalam aspek kuantiti dan kualiti populasi juga menunjukkan bahawa Malaysia berada pada tangga tiga terendah Kadar Kesuburan selepas Singapura (1.2) dan Thailand (1.5). Selain itu, Malaysia juga kerugian sebanyak 8 bilion setahun akibat penyakit kronik yang melanda rakyat Malaysia, dan ini memberi kesan terhadap kadar kualiti populasi pada masa akan datang.

7. Justeru, penulisan Landskap Edisi Khas 2020 ini akan membawakan sorotan kompilasi secara sepintas lalu terhadap perkembangan strategik yang berlaku sepanjang tahun 2020 ini dengan lebih terperinci. Sejauh mana perkembangan yang berlaku ini mengesani pembentukan Malaysia sebagai sebuah kuasa Nasional yang kuat, maju serta berdaulat?

Langgan hari ini untuk baca laporan penuh pada pautan di bawah