Landskap Edisi 6/2020

1. Setakat 7 April, lebih daripada 75,000 individu telah terkorban dan lebih daripada 1 Juta orang di seluruh dunia telah dijangkiti dengan wabak Covid 19.

2. Situasi genting yang melanda dunia ketika ini meletakkan sektor kesihatan di peringkat yang kritikal – semua negara bukan sahaja perlu berusaha untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid 19, malah kapasiti, kemudahan serta tenaga kerja dalam sektor tersebut sedang dikerah semaksimum yang mungkin.

3. Malaysia, yang juga merupakan negara pengimport sumber makanan sudah mula terjejas apabila situasi wabak telah mengehadkan perjalanan logistik dan mengganggu gugat bekalan makanan daripada negara rakan dagangan.

4. Vietnam yang merupakan pengeksport ketiga terbesar dalam pasaran beras dunia telah bertindak menghentikan eksport beras untuk melindungi bekalan domestik mereka. Thailand juga dilaporkan telah menghentikan eksport telur mereka untuk tujuan yang sama.

5. Justeru, adakah Malaysia mampu bertahan dengan sumber makanan negara sedia ada sepanjang tempoh wabak Covid 19?

Langgan hari ini untuk baca laporan penuh pada pautan di bawah

Bermula 1 September 2019, edisi ini akan dipaparkan secara eksklusif hanya kepada pembaca yang melanggan produk analisa kami melalui sistem langganan eksklusif IRIS Institute.