Landskap Edisi 20
20-27 Oktober 2019

MUAT TURUN LANDSKAP EDISI 20 DIBAWAH


ISI KANDUNGAN

1Kerugian Khazanah, akibat kegagalan polisi Pakatan Harapan
2Sistem atas talian JPN langkah baru KDN tingkatkan keselamatan sistem kewarganegaraan, 1.4 juta rakyat belum mendaftar
3Kerajaan Komunis China guna proksi tingkat pengaruh melalui “komik propaganda jalur lebar”
4Pengaruh dasar keselamatan China kepada generasi muda, langkah strategik China di masa hadapan

SUDUT PANDANG UTAMA

Landskap pada minggu ini memperlihatkan beberapa perkembangan penting dalam negara dengan 4 sudut pandang utama iaitu:

1. Pihak keselamatan Malaysia, KDN dan PDRM telah melakukan beberapa pembaharuan dan peningkatan keupayaan dalam isu keselamatan negara. Antaranya adalah pembaharuan dasar keselamatan oleh KDN, memposisikan pegawai PDRM di PPR dan penggunaan DNA Data bank oleh PDRM.

2. Kumpulan pengganas LTTE menjadikan Malaysia sebagai sasaran merekrut ahli dan mengumpul dana bagi gerakan mereka. Ramai ahli yang berfaham LTTE menduduki kedudukan strategik di Malaysia.

3. Parti Bersatu meningkatkan penguasaan dalam dunia media melalui kroni Syed Mokhtar. Antara yang direkodkan adalah pemilikan tiga akhbar utama Malaysia iaitu Utusan Malaysia, Kosmo dan The Malaysian Reserve serta memiliki pegangan saham dalam Utusan Melayu Bhd dan Media Prima.

4. Kerajaan Malaysia dalam usaha meningkatkan kapasiti kewangan negara dengan menswastakan dan menjual aset dan syarikat antaranya lebuhraya PLUS, anak syarikat Ekuinas dan mengambil alih ekuiti Tabung Haji.

Disediakan Oleh:
Unit Kajian Semasa
IRIS Institute

OR

Bermula 1 September 2019, edisi ini akan dipaparkan secara eksklusif hanya kepada pembaca yang melanggan produk analisa kami melalui sistem langganan eksklusif IRIS Institute.


KOMPAS EDISI 3

Dalam jangka masa panjang, situasi konflik di Laut Cina Selatan ini akan berakhir dengan dominasi satu kuasa besar yang tertentu. Dominasi ini akan menentukan reka bentuk geopolitik, ekonomi dan keselamatan di Asia Tenggara.

KOMPAS EDISI 3