Interdisciplinary Research & International Strategy

‘IRIS Institute’ (Interdisciplinary Research & International Strategy Institute) adalah sebuah pusat kajian bebas yang tidak berasaskan keuntungan. IRIS Institute ditubuhkan pada tahun 2015 dengan visi untuk menghasilkan kajian strategik yang mendalam dan komprehensif di peringkat antarabangsa.

IRIS Institute menjalankan projek-projek kajian yang bersifat rentas disiplin dan zaman, dengan penumpuan kepada punca konflik dan krisis di dunia Islam secara khusus serta strategi penyelesaiannya.

 

FOKUS Projek kajian IRIS dibina berdasarkan kerangka teori IRIS yang tersendiri serta bersifat universal dan global seperti berikut.

1. Menjalankan kajian-kajian akademik daripada pelbagai disiplin

Ini termasuk dalam mengkaji sejarah, politik, ekonomi, hubungan antarabangsa, dan lain-lain. Ruang lingkup kajian tidak terhad di peringkat antarabangsa sahaja malah ditelusuri sehingga ke setiap inci pembinaan tamadun dunia, termasuklah negara Malaysia.

2. Menerbitkan penulisan dalam bentuk buku, makalah ilmiah dan portal maya.

  • Antara terbitan iris yang boleh didapati melalui laman ini.
    1. Mukadimah Perjuangan Melayu 500sm-2017
    2. PenChinaan Malaysia: Tergadaikah tanah kedaulatan bangsa?
    3. Identiti Politik Ekonomi Melayu 500sm-1511
    4. Majalah FOKUS bertajuk Ancaman Geopolititik TPPA
    5. Laman geopolitik semasa fokus.my

3. Menghasilkan analisa dan laporan strategik terhadap perkembangan isu-isu semasa.

Antaranya ialah, Kebangkitan China sebagai kuasa besar dunia, OBOR dan pengaruhnya terhadap geopolitik dunia, Ancaman geopolitik TPPA, Laporan strategik isu Laut China Selatan.

4. Menganjurkan wacana ilmiah dan diskusi akademik.

Terbaru dianjurkan Wacana Survival Melayu pada 27 Januari 2018 yang memberi fokus untukmengenalpasti sejauhmana penglibatan alam Melayu dalam politik ekonomi antarabangsa dan untuk mendapatkan maklumat berkaitan perkembangan politik ekonomi antarabangsa Alam Melayu dengan kuasa luar semenjak tahun 500 SM sehinggalah sekarang.

5. Membina rangkaian dengan para pengkaji, ilmuan, dan pemikir daripada pelbagai latar belakang di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM),Zaaba Leadership Institute (ZIL), ADAB, Maktab Penyelidikan Tamadun Islam Nusantara, CENTHRA, 
SETA Institute (Turki), Zaytouna Institute (Lubnan), Institut Al-Bayan (Saudi Arabia).

BUKU PENCHINAAN MALAYSIA

Buku ini akan membawa kita menilai apakah kepentingan dan fungsi projek OBOR (One Belt One Road) terhadap ekonomi, dasar luar, keselamatan (hegemoni) dan strategi China. Adakah projek OBOR ini hanya sekadar satu projek propaganda ataupun projek ini sangat penting kepada negara China untuk merealisasikan impian mereka menjadi kuasa dunia?

ORDER SEKARANGRM45.00

BUKU IDENTITI EKONOMI POLITIK

Buku ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana penglibatan Alam Melayu di dalam politik antarabangsa. Ia juga bertujuan untuk memperluaskan dapatan maklumat sedia ada berkaitan perkembangan Politik Ekonomi Antarabangsa di Alam Melayu dengan kuasa luar semenjak tahun 500 SM sehingga kini.

 

ORDER SEKARANGRM45.00

Berita

Hubungi Kami


Emel:
admin@iris.institute
Telefon: +603 8912 6090
Alamat:No 6-23-3A, Jalan Medan, Pusat Bandar 8A, Bangi Sentral, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Waktu Operasi: 9 pagi — 4 petang (Isnin-Jumaat).