Dialog Kuasa Nasional

Pengenalan Ringkas

1. Apa itu Dialog Kuasa Nasional (DKN)

Sebuah platform diskusi dan wacana mengenai perkara-perkara yang strategik untuk membina kekuatan dan kedaulatan negara; contohnya pengupayaan terhadap geografi dan sumber-sumber negara, pengupayaan terhadap penduduk dan kepakaran yang dimiliki negara, pembangunan pengetahuan (knowledge) baharu, industri baharu, etos baharu dan lain-lain.

2. Mengapa wujudnya DKN?

IRIS ingin membuka ‘thread’ atau topik topik baru dalam pemikiran mengenai nation building dan pembangunan negara. Kalau kita berbincang dengan topik dan keyword yang betul, idea idea yg baru dan lebih efektif akan muncul.

IRIS melihat perbincangan dan kajian mengenai halatuju negara yg ada pada masa skrg bersifat segmented/terhad dlm disiplin tertentu, tidak bercantum secara holistik, dan tidak ada visi jelas untuk kekuatan dan kedaulatan negara.

3. Bagaimana DKN akan dibuat?

DKN sebagai platform wacana bersifat fleksibel in term of pelaksanaan. Ada beberapa bentuk yg akan dilaksanakan oleh IRIS sebagai permulaan; diskusi podcast berkala, siri event forum berkala, dan juga seminar antarabangsa (ICRIS). 

4. Siapa terlibat dalam DKN?

Semua diskusi/program DKN terbuka untuk penglibatan bersama para ahli akademik, org2 industri, penulis/jurnalis, mahasiswa, dsbnya (yg memiliki idea untuk mencambah-luaskan diskusi kuasa nasional). IRIS akan sentiasa menjemput mereka untuk bersama diskusi, dan IRIS juga terbuka jika ada tawaran atau cadangan kerjasama untuk diskusi yang memenuhi objektif DKN.

5. Bila DKN akan dilaksana?

Bermula tahun ini (2023), inshaAllah setiap bulan akan ada program DKN (samada podcast atau forum atau seminar) yang dilaksanakan.

6. Di mana DKN boleh diikuti?

Dari masa ke semasa, IRIS akan mewar-warkan informasi mengenai program2 DKN melalui media sosial IRIS dan juga melalui email2 pemakluman.

SIRI 1: Adakah Ekonomi Madani Membangunkan Kuasa Nasional?

TARIKH: 19 Ogos 2023
MASA: 8.30am-12.00pm
TEMPAT: Bilik Mesyuarat Utama, UKM-GSB

*Tempat adalah terhad kepada 50 Orang untuk kehadiran secara fizikal

Adakah Ekonomi Madani membangunkan kuasa Nasional?

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Ekonomi Madani dengan hasrat mahu memperkasakan rakyat dengan merombak ekonomi ke arah Malaysia sebagai peneraju ekonomi di Asia. Namun begitu, terdapat beberapa persoalan kritikal kepada Ekonomi Madani ini; 
  1. Adakah Ekonomi Madani disusun dalam kerangka sebuah wawasan untuk kuasa nasional, atau terhad kepada memajukan sektor ekonomi tanpa melihat pengupayaan dalam aspek lain secara keseluruhan?

2. Adakah Ekonomi Madani membawa kepada pengupayaan bangsa Melayu menjadi bangsa yang berdaulat iaitu bebas daripada penentuan kebergantungan kepada pihak lain?

3) Adakah Ekonomi Madani ini setanding untuk sedia bersaing dalam pembangunan kuasa nasional di negara-negara lain khususnya negara jiran seperti Indonesia, Singapura, dan Vietnam?

Daftar sekarang untuk bersama kami membincangkan persoalan- persoalan ini. Klik pada pautan dibawah.

Panel Pembahas

Pembahas Dialog Kuasa Nasional

Dr Mohd Zuhdi Marzuki

Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Strategik lestari

Ibrahim bin Mohd Hasan

Penganalisis, Centre for Alternative Policies for Economics (CAPE)

Daftar Sekarang

*Tempat adalah terhad kepada 50 Orang untuk kehadiran secara fizikal

Lokasi

© 2023 All Rights Reserved.